Thursday, August 04, 2011

Ada Apa Dengan Kitlens by Blogger@Photographer Ejadfotopoyo

Ada Apa Dengan Kitlens Part 2


Assalamualaikum semua.

Artikel kali ni adalah kesinambungan drpd ADA APA DENGAN KITLENS?

Kenapa diwujudkan Part 2? Sebab masih wujud golongan yg tak reti bersyukur dgn apa yg ada.

Kitlens tu dah best giler, tp dok bazir duit beli lens lain mcm Tamron 17-50mm F2.8, yet gambar masih tak lawa. Sebab? Bukan salah lens, tp diri sendiri yg TAK PANDAI GUNA.

So artikel kali ni akan story sikit psl apa yg hebat sgt dgn kitlens yg murah + cikai + ringan + buat kita nmpk noob ni.

Sejarah:
  1. First DSLR yg aku guna ialah Pentax K100D with 1855mm kitlens.
  2. Second DSLR ialah Nikon D200 with 18-70mm F3.5-4.5; kitlens terhebat yg pernah dicipta oleh Nikon.
  3. Then back to Pentax K20D, kitlens 1855 version yg sama dgn K100D sebelum ni.

Aku tak pernah ada lens kepunyaan sendiri yg lebih wide drpd kitlens, mcm Tokina 11-16mm ke, 12-24mm ke. Kalau ada pun tu pinjam sewa buat mcm harta sendiri je. Lagipun aku tak mampu nak sebat lens mahal semua tu.

So apa yg aku buat ialah, aku utilize kitlens aku ni cukup-cukup. Balun selagi boleh. Guna kitlens utk segala bagai genre photography, be it portrait, macro/micro, landscape, semua aku belasah. Lantak la org kata "Mana ada org shoot burung pakai kitlens", pedulik hape aku, janji aku dpt gambar.

Dlm tempoh penggunaan kitlens tu, aku boleh buat kesimpulan - lens bodoh cikai murah ringan plastik ni sebenarnya adalah lens yg sgt kacak. Seriously. Sesiapa yg guna kitlens version lain mcm 18-105, 18-135 atau 18-200 lagi lah boleh buat mcm-mcm.

Based on experience, ini adalah antara karakter yg aku dpt cungkil drpd kitlens 1855, secara general.
Segala karakter yg dah ditaip ni, ada kekurangan atau kelebihan, bergantung kpd cara korang menerimanya.


1) Versatility
  • Serba boleh! Nak shoot landscape, guna 18mm utk dpt angle paling wide.
  • Nak shoot portrait atau candid, guna max zoom utk shallow DOF.
2) Murah
  • In case kalau rosak, bersepah umat kat forum dan mudah yg jual kitlens, dlm RM200-RM300.
3) Soft Effect pada hujung focal length
  • Try guna max zoom, say 55mm dgn aperture f/5.6, gambar tak sharp, tapi sedikit soft.
  • Efek soft ini agak ketara apabila kita focus sgt dekat pd subjek.
  • Kenapa dgn soft? Sgt kacak utk portrait dan bunga-bungaan.
4) Vignette & Distortion pada 18mm
  • Pd focal length 18mm, sometimes wujud vignette (dark corner) pd bucu gambar, dan ada sedikit distortion. This is normal.
  • So kalau tak suka efek ni, jgn guna 18mm, tp zoomkan skit kedepan, hilanglah.
5) Sharp pada 35mm
  • Tgk points (3) dan (4), zoom lens biasanya mmg ada kekurangan (atau kelebihan, depends pd anda) pd kedua-dua hujung focal length.
  • Dlm kes kitlens, based on my experience, gambar yg sharp adalah pd focal length 35mm.
  • So masa guna kitlens tu nnt, aperture f/5.6, try lock kan zoom tu pd 35mm, then jgn zoom dah, ambil gambar. 
  • Then ambil 1 lg gambar yg sama dgn focal length 55mm, anda akan nmpk perbezaannya
6) Sharpness Issue
  • Adalah sgt tidak adil anda meng-compare ke-sharpness-an kitlens ini dgn lens lain mcm 50mm atau 70-200mm F2.8 (ini betul bangang punya comparison).
  • Ya, gambar kitlens tak se-sharp mana, tapi korang nak sharp-sharp sgt sampai zoom 200% tanak pecah tu buat apa? Korang nak print gambar sebesar KLCC ke?
  • Aperture serta focal length memainkan peranan.
  • Make sure anda gunakan focal length yg bukan dihujung (rujuk point (5)), dan aperture yg cantik utk sharpness yg optimum ialah sekitar f/8 - f/11.
  • Mcm biasa, avoid using f/22 sbb efek diffraction dan vignette. menyebabkan gambar kurang sharp.
7) Bokeh
  • Kitlens tak boleh buat bokeh? Kitlens yg tak boleh ke, tangan tu yg tak boleh?
  • Rujuk artikel ni, siap tips pun ada: BOKEH dan ADA APA DENGAN KITLENS?
8)  Built-in with Shake Reduction
  • Hampir semua kitlens yg diberi dlm pakej mempunyai function VR (Nikon) dan IS (Canon) sbg mekanisme utk mengurangkan risiko gegaran.
  • Dah la murah, ada VR/IS lagi. Masih tak kacak bg anda?
9) Ringan sangat!
  • Bangga sgt dgn lens 24-70mm tu eh? Lenguh tak bahu/leher tu menggantung? Aku rilek je.
So andaikata la kan korang guna kitlens dan korang tak puas hati dgn hasil gambar yg korang dpt. Sebelum korang campak kitlens tu ke lombong bijih timah berdekatan, baca habis dulu artikel ni.

Apa perlu dibuat?
Google Image utk model kamera dan lens korang (say: Canon 1000D with 18-55mm), tgk sampel gambar yg org dah ambil dgn gears yg sama. Nak lebih info, search benda yg sama di flickr.

Kalaulah dlm Image Result tu byk gambar superb, fikir balik, mcm mana dgn gear yg sama, diorg boleh shoot baik punya, tapi kita punya gambar hampeh.

Agak-agak salah kitlens ke? Atau salah kamera?
Habis tu bilanya nak salahkan tangan sendiri yg tak berapa mahir tu?

Bukan la aku tak kasi korang upgrade ke apa, bergantung kpd requirement. Ada yg mmg perlukan lens utk low-light condition, so mereka pilih Tamron 17-50mm F2.8. Plus, duit korang, sukati koranglah nak upgrade ke apa ke.

Tapi selagi kitlens tu boleh dimanfaatkan dlm job requirement, why waste money? Guna je la dulu sampai jahanam.

Byk lagi kot point sebenarnya, mungkin aku lupa. As for now (6.36am, 4 Aug 2011), cuma ada 9 points so far. Nanti dah ingat, aku update balik artikel ni.

Semoga dpt manfaat atas hasil tulisan selepas Subuh ni.

Akhir kata, sayangilah kitlens anda. Zoom-lah dgn cermat, ingatlah kitlens yg tersayang.

Selamat berpuasa!

Ejad Fotopoyo
http://ejadfotopoyo.blogspot.com/