Seseorang yang mampu mengatakan KIT LENS bagus, mestilah ada kemahiran menggunakan pelbagai jenis lensa, dari kit lens, prime lens, pro lens dan telah menggunakannya dalam pelbagai bidang kerja, dalam pelbagai situasi samada mencabar atau tidak, dalam pelbagai keadaan cahaya, dan ketangkasan.
Jadi bila anda ada pengalaman ini, barulah anda benar benar tahu keupayaan sesebuah lensa, dan di dalam situasai yang bagaimana, lens apa diperlukan.
Jangan mengatakan lensa kit bagus, kerana anda cuma ada lensa kit. Katakan lensa kit bagus, kerana anda telah ada banyak pengalaman menggunakan pelbagai lensa dan BENAR BENAR TAHU DIMANA KEBOLEHAN KIT LENS.
Seseorang yang mampu mengatakan kit lens tak bagus pun, mestilah seseorang yang banyak pengalaman menggunakan pelbagai lens, dalam pelbagai situasi.
Untuk mereka yang cuma mengenal sebahagian lensa saja, maksudnya mungkin cuma pernah berkerja menggunakan kit lens dalam tugas tugas tertentu, maknanya masih belum punya kemampuan untuk menilai kebolehan lensa beliau sebab masih tidak pernah menghasilkan gambar menggunakan pro lens, dalam situasi yang sama, dan masih belum dicabar oleh keadaan yang memerlukan ketangkasan, atau kemahiran menduga exposure dengan cepat. Itu belum masuk lagi tekanan deliverables.
Jadi bila tidak tahu itu, ada baiknya tidak perlu memberi nasihat kit lens itu boleh kerana kita sendiri mungkin tidak benar benar faham apakah situasi yang boleh dan situasi yang tidak boleh.
Nasihatnya perlu begini.. Sekiranya anda mempunyai asas fotografi yang betul, menggunakan peralatan yang lebih baik, akan memberikan hasil yang lebih baik. Itu saja.
Ramai Pro, (full timer, bikin job pelbagai, bid tender job photo dan sebagainya) advice KIT LENS pun boleh, memang ada reason pro advice macam itu bila newbies datang minta advice.
Sebabnya ramai pro tak mahu kawan kawan yang baru belajar DSLR, patah hati. They know, kit lens boleh buat banyak benda,  tapi diaorang pun tahu, apa yang kit lens cannot do.
A real pro takkan bid  dinner job dengan 1000 guest, dengan stage show, spotlight dan backlighting dan such, dengan 18-55 saja, dan charge RM10k. Pro simply takkan pi buat job tanpa proper equipment, backup dan enough light if needed.
Memang benar ada ada banyak benda kit lens boleh buat. Tapi banyak juga benda kit lens tak boleh buat bila kita besarkan scope photography kita. Mesti besarkan scope pemikiran kita, jgn confine, kita rugi. Cari limit tu, fahami limit dia, dan expand capability kita.
Tak mau lah nanti bila one day ada orang jemput kita masuk istana untuk shoot anugerah, kita confident saja kit lens pun boleh….. Redah saja. Nanti kita juga dapat masalah.
Sebaiknya setiap satu job tu… kalau first time nak buat, refer guru anda.. jangan pegang nasihat pertama iaitu ‘kit lens pun boleh’. Sebenarnya ada banyak lagi nasihat kena dikutip. Janganlah kita amik nasihat mukasurat 1 dan dua saja. Kena habiskan satu buku, (walaupun tak mungkin habis).
Kalau baru dapat satu nasihat pun dah rasa bijak, susah lah.
Dan kalau dapat job tu, tak ada barang, tapi ada kemahiran, jangan risau kalau equipment tak cukup. Sewalah dari kawan kawan. Ni pun satu hal, kalau dapat job dua tiga ribu, kekadang kita ni senang je pinjam macam tak ada apa apa. Hulur-hulurlah sikit kat kawan tu. Bukan dia beli lens pakai daun pisang. Ada juga 2-3 orang yang cerita kat saya, sampai getah lens pun kendur di pakai kawan kawan. Tapi risau pula nak minta betulkan sebab takut guris hati.